Umrah Separa DIY
Salam semua.. Sini saya catatkan liku-liku merancang umrah separa DIY. Mula planning sejak bulan April 2017.
Saya akan publish post ini selepas trip kami selesai supaya dapat share info lebih detail.
Alhamdulillah, sekitar April dikenalkan dengan group besar yang sama-sama ingin tunaikan umrah separa diy. Boleh kata admin group baik-baik semuanya.
Kenapa separa diy?sebab kami masih perlukan khidmat travel agent untuk ke tanah suci. Pada masa sama, hotel, flight, transport. mutawif di tanah suci semua kami upah sendiri dan bayar.
Kelebihan separa diy ni, kami dapat pilih sendiri hotel dan adjust waktu sendiri. Risiko sendiri juga. Yang penting kita tahu duit tak masuk ke poket orang lain.
Tiket flight kami dah beli sebab nak masuk group Umrah Winter.. Alhamdulillah. Transit cairo lebih murah maka kami akan bermalam di cairo 2 malam sebelum berlepas ke madinah. Jalan-jalan cairo dulu lawat untaaa untaaa. 🙆🙆
Mula-mula kami masuk group besar. Untuk masuk group satu lagi Umrah Winter diketuai M, kita perlu beli tiket flight dulu tanda dah confirm ke sana
( nama samaran sebab panas isu diy ni. politik kerajaan Malaysia lebih suka rakyat follow travel agent 100%. Mereka dapat duit tepi)
--Details flight --
Jadual Tiket flight kami suami isteri jadual seperti di bawah ⤵
Ada kawan beli bulan Mac dapat tiket flight rm2500, kami dapat harga rm2745. Mahal sikit. Makin lama makin mahal tiket saudi airlines ni.
--Beberapa info nak highlight kalau nak beli tiket flight--
1. Saudi airlines suka ubah waktu flight tanpa pengetahuan kita. So kena alert dengan waktu. Pening juga last minit tahu ubah flight.
2. Transit mana-mana negeri arab perlu lebih 4 jam.

3. Baca dulu rules Saudi Airlines berkaitan dengan umrah.
4. Kami book melalui aplikasi online. Kalau dah book dewasa dulu. Nak beli kanak-kanak perlu ke kaunter SA di KL
5. Boleh call kaunter Saudi Airlines di KL. Tel : 0321667778
6. Book flight guna apps lebih murah. Boleh select multi-city lagi. Antara apps kami guna nak survey harga tiket : traveloka dan kayak.
Lepas dah settle book flight, mulalah misi book hotel pula. Asyik bertukar je hotel sepanjang april -oktober.
--Details hotel ---
Alhamdulillah dalam bulan jun kami berjaya dapat hotel conrad hilton mekah. Memang rezeki.
Sar260 satu malam
je, ada 4 katil. No breakfast but its ok. Dekat sangat nak beribadah, bilik 5 star 🌟🌟🌟🌟🌟 siapa tak nak kan?
Apa perlu tahu bila book hotel?
1. Cari yang free cancelation. Kenapa? Kalau ada offer hotel lain lagi best dan yang murah boleh cancel.kalau dah yakin nak stay satu hotel dan taknak ubah, bolehlah pilih no free cancelation.
2. Survey harga melalui apps online seperti agoda, booking.com, traveloka, hotels.com,hiton honors.
3. Cari hotel yang dekat dalam 300m boleh jalan kaki lagi. Kalau yang jauh perlu pastikan ada shuttle yang kerap ke masjid. Baca dalam review hotel. Kalau dapat hotel jauh dan tak ada shuttle, perlu bayar teksi dalam 20sar hari-hari. Tak ke rugi?
4. Di Madinah hotel banyak kawasan masjid nabawi. Dekat boleh jalan kaki. Perlu tahu ada beberapa pintu masuk. Pilih king fahd gate terbaik sebab terus masuk ke kawasan perempuan. Tak perlu jalan kaki dari kawasan lelaki ke kawasan perempuan.
Saya pilih hotel dar al naeem sebab dekat dengan gate perempuan, tetapi akhirnya saya pilih hotel 5 star belakang masjid. Tak apa nak jalan sikit, suami pun kata sanggup temankan, book pun sebab harga murah sangat, siap breakfast promosi di agoda!
Hotel yang mula-mula book Hotel Dar Al Naeem sebab dekat gate king fahd.
Tukar ke Hotel Millenium Taiba 5 star. Harga rm186 tanpa breakfast. Rm216 dengan breakfast. Murah kan?
5. Di Mekah, hotel dekat semua mahal. Yang murah pun tak boleh book melalui aplikasi dan biasanya hotel pakistan kurang bersih.
Mula-mula dulu saya pilih hotel retaj al rayan, walau jauh tetapi shuttle kerap dan bilik mewah bersih 4 star hotel. 🌟🌟🌟🌟. Review pun baik-baik.
Mulanya book hotel Retaj Al Rayyan sebab 4 star dan ada shuttle kerap ke masjid.
Tukar ke hotel Conrad Hilton 5 star sebab promosi murah sangat, dekat jalan kaki dan bilik selesa. Tiada breakfast.
--Details Visa Umrah--
Dokumen untuk visa pula kami perlu sediakan⤵
1. 4 keping gambar passport Umrah. Tudung hitam, background putih. Harga kedai rm----
2. Cop pengesahan akad nikah suami isteri di jabatan agama.
3. Surat atau buku Suntikan vaksin ( optional)
4. Print Booking Hotel dan flight
Dokumen semua ini kami serahkan kepada Travel Agent H untuk pengurusan visa umrah. Dicas rm330 seorang.
**maaf. Sekali lagi saya tak sebut nama bagi menjaga privasi dan keselamatan semua yang membantu permudahkan urusan umrah separa diy ini **
--Details Insuran--
Insurance pula kami beli bagi lindungi perjalanan kami di sana.
Detail harga insurance suami isteri seperti berikut. Kami pilih insurance Etiqa Takaful. Disarankan ambil pekej platinum.
Link untuk membuat insurance ⤵
https://www.etiqa.com.my/getonline/TQQ1
Key benefit pekej silver
--Transport-
Comments
Post a Comment